SINOPSIS SI KOLOT SUAMIKU
Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi
kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan
bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai
murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur,
maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada
lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!
Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah
untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup
sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi
impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai
calon bakal surinya.
Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah,
emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh
antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita
yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat
dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan
sebelum dia menutup mata.
Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian
sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus
tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota
besar.
0 comments:
Post a Comment